TEMA 5 : Malaysia Negaraku

Unit 7
Kenali Malaysia

Dimanakah letaknya negara kita?
1. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di benua Asia Tenggara.

2. Kedudukan Malaysia agak strategik kerana terletak di tengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat.



3. Malaysia terdiri daripada :
   - 14 buah negeri
               Selangor                                  Negeri Sembilan
               Melaka                                    Johor
               Pahang                                    Terengganu
               Kelantan                                  Perlis
               Kedah                                     Pulau Pinang 
               Perak
   - 3 Wilayah persekutuan, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Latihan : 
1. Namakan ibu negeri bagi setiap negeri yang terdapat di Malaysia.





Siapakah pemimpin-pemimpin utama negara kita?

1. Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong.




2. Ketua Kerajaan Persekutuan ialah Perdana Menteri.


3. Ketua Negeri ialah Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertua Negeri.
 
4. Ketua Kerajaan Negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.
  
Siapakah pula penduduknya?


1. Penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

2. Di Semenanjung Malaysia, penduduknya terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan     lain-lain. 

3.  Di Sabah dan Sarawak pula, penduduknya terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, 
     Kadazandusun, Iban, Melanau, Bajau, Bidayuh, Murut dan peribumi yang lain.


4. Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, masyarakat Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni dan aman.


5. Kita sepatutnya bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman dan damai. Itulah antara keistimewaan Malaysia.


 
Malaysia Bumi Bertuah

1.       Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia

2.       Tempat-yempat menarik ini Berjaya menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar Negara.

3.       Antara tempat menarik yang terdapat di negara kita ialah :


a)       Pulau Langkawi, Kedah. 


b)       Batu Feringghi, Pulau Pinang.

c)       Pulau Pangkor, Perak. 



d)       Bandar Hilir, Melaka.

e)       Port Dickson, Negeri Sembilan.



Keunikan Malaysia

1.       Tedapat banyak keunikan negara kita yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

2.       Antara keunikan negara kita ialah:

a)       Keadaan aman damai serta kestabilan politik negara.

b)       Pentadbiran negara yang cekap dan sistematik.

c)       Pembangunan yang pesat.

d)       Masyarakat pelbagai kaum yang hidup bersatu padu

e)       Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik

f)        Kepelbagaian warisan budaya pelbagai kaum.



Malaysiaku Permai

1.       Rakyat Malaysia dapat hidup dalam suasana permai kerana:

a)       Perpaduan rakyat perlbagai kaum

b)       Pemerintahan demokrasi

c)       Kebebasan beragama

d)       Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan.

e)      Penggunaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

f)       Kestabilan politik dan ekonomi