TEMA 3 : Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat

 UNIT 4
Aktiviti 4A  -  Patuhi Peraturan Sekolah
Aktiviti 4B  -  Warga Sekolah Bersopan
Aktiviti 4C  -  Hormati Pelawat Sekolah
Aktiviti 4D  -  Saya Warga Sekolah Bertanggungjawab
Aktiviti 4E  -  Hargai Khidmat Pekerja Sekolah





Pengenalan


1) Siapakah komuniti di sekolah kamu?

  • Komuniti Sekolah ialah kelompok yang saling berhubung antara satu dengan yang lain dalam kawasan yang sama.
  • Komuniti sekolah terdiri daripada :
  1. guru besar
  2. guru-guru
  3. murid-murid
  4. kerani sekolah
  5. juruteknik komputer
  6. pembantu murid (PPKI)
  7. pengusaha kantin
  8. pekerja am (tukang sapu, tukang cuci)
  9. tukang kebun
  10. pengawal keselamatan


2) Bagaimanakah cara kamu berinteraksi dengan komuniti sekolah kamu?
  1. Mengucapkan salam apabila bertemu atau bertembung.
  2. Bertutur dengan sopan dan mesra.
  3. Murah dengan senyuman.
  4. Menjaga tingkah laku yang baik.
  5. Bersedia menghulurkan bantuan.





3) Jelaskan kepentingan berinteraksi dengan komuniti sekolah.

Berinteraksi dengan komuniti sekolah dapat :
  1. mewujudkan hubungan yang erat dan harmoni.
  2. memudahkan sesuatu urusan.
  3. mengelakkan sebarang perselisihan faham.


.


    Aktiviti 4A


    Patuhi Peraturan Sekolah

    • Setiap sekolah mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid-murid.
    • Peraturan sekolah bertujuan untuk membentuk disiplin murid-murid.


    Nyatakan 2 peraturan utama bagi setiap lokasi berikut :

    Tapak perhimpunan

    1. __________________________________________

    2. __________________________________________



    Bilik darjah


    1. __________________________________________

    2. __________________________________________



    Perpustakaan

    1. __________________________________________

    2. __________________________________________



    Kantin

    1. __________________________________________

    2. __________________________________________









    Aktiviti 4B

    Warga Sekolah Bersopan




    Setiap murid perlu menjadi warga sekolah yang bersopan.
    1. Bersopan ialah sikap-sikap yang baik, berbudi bahasa dan mempamirkan tingkah laku yang baik.
    2. Contoh-contoh sikap yang bersopan ialah :
    • menghormati guru.
    • mengucapkan salam apabila bertemu guru, rakan atau sesiapa sahaja di dalam kawasan sekolah.
    • bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
    • sentiasa mengucapkan terima kasih.    
    • menghargai jasa guru.
    • bersikap peramah dan bertegur sapa.
    • mesra dengan rakan-rakan.














    Latihan :
    Selesaikan Misteri Kod Rahsia di dalam buku teks mukasurat 40 & 41.








    Aktiviti 4C


    Hormati Pelawat Sekolah


    1. Pelawat sekolah ialah orang atau pihak yang berurusan dengan pihak 
          sekolah.

    2. Pelawat sekolah terdiri daripada :
     


        •    Pegawai dari Pejabat Pendidikan

        •    Ibu bapa

        •     Posmen

        •   Doktor dan Jururawat
          

        3. Cara-cara untuk kita berinteraksi dengan pelawat sekolah ialah :
        • bertutur dengan sopan
        • menunjukkan tingkah laku yang baik
        • bersedia memberikan bantuan
        • menghormati pelawat
        4.  sekiranya kita menunjukkan sikap yang tidak 
             baik dengan pelawat sekolah sudah pasti akan menjejaskan 
              imej sekolah.



        Aktiviti 4D
        Saya Warga Sekolah Bertanggungjawab
          
        1. Setiap murid perlu menunjukkan sikap sebagai warga sekolah yang bertanggungjawab.

        2. Sikap bertanggungjawab perlu ditunjukkan ketika berinteraksi dengan komuniti sekolah seperti :

            a) guru.
            b) tukang kebun
            c) pengawal keselamatan
           d) murid-murid yang lain.


        3. Contoh-contoh sikap warga sekolah yang bertanggungjawab ialah :


            a) mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah.
            b) mematihu peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
            c) menolong guru membawa buku ke bilik guru.
           d) membantu murid yang terjatuh semasa bermain bola di padang.
           e) melarang murid menconteng dinding sekolah.
           f) (sila berikan jawapan sendiri)

          g) (sila berikan jawapan sendiri)











        Aktiviti 4E
        Hargai Khidmat Pekerja Sekolah

        1. Pekerja-pekerja sekolah terdiri daripada :

        a) tukang kebun
        b) tukang cuci & tukang sapu
        c) pengawal keselamatan

        2. Murid-murid perlu menghargai khidmat pekerja sekolah.


        3. Pekerja-pekerja sekolah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan sekolah.


        Latihan

        Antara tanggungjawab pekerja sekolah adalah :



        Tukang kebun

        1. __________________________________________


        2. __________________________________________

        3. __________________________________________

                                                             



                         Pengawal Keselamatan

                       1. _______________________________________

                       2. _______________________________________

                       3. _______________________________________
                                                           




        Pekerja Kantin
        1. _____________________________________

        2. ____________________________________

        3. _____________________________________