TEMA 4 : Kenali Budaya Malaysia

UNIT 5
Kenali dan Apresiasi Warisan Budaya Malaysia


Aktiviti 5A - Keunikan Pakaian yang Kita Warisi
Aktiviti 5B - Pakaian tradisional Kebanggaan Kita
Aktiviti 5C - Resepi Makanan Tradisional Kita
Aktiviti 5D - Asal Usul Makanan Kita




 
Pengenalan

1. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk 
     berbilang bangsa dan kaum.

2. Mereka datang dari latar belakang yang berbeza.

3. Ini menyebabkan mereka mengamalkan budaya dan adat resam yang 
    berbeza.







Pakaian tradisional Kebanggaan Kita

1. Kita harus berbangga dengan pakaian tradisional kita.

2. Salah satu cara untuk menunjukkan kebangsaan kita adalah dengan 
     memakai pakaian tradisional pada waktu dan tempat yang sesuai.

3. Ada juga pakaian tradisional yang dipakai setiap hari seperti baju 
     kurung, baju kebaya dan sari.

Berikut antara pakaian-pakaian tradisional mengikut kaum:

Pakaian kaum Melayu.







Baju kurung
Dipakai oleh kaum wanita Melayu. Biasanya baju kurung berpotongan labuh dan longgar.
           


               Baju Kebaya
                Potongannya seperti baju kurung 
             tetapi berbelah di hadapan.




Baju Melayu

Baju Melayu dipakai oleh kaum lelaki.
Baju ini dilengkapkan lagi dengan songkok di kepala dan samping diikat di pinggang.










Pakaian kaum India.

 Sari

Dipakai oleh kaum wanita.

Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang dililit di bahagian pinggang dengan satu hujung ditabir ke atas bahu. 



Dhoti

DhotÄ« atau Doti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki India. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha.










Pakaian kaum Cina.



Cheongsam / Qipao

Cheongsam atau Qipao dipakai oleh kaum wanita.

Biasanya corak fabrik yang digunakan bermotifkan bunga dan naga.











Samfu
  


Pakaian KadazanDusun
Sinuangga